Beginilah kisahnya, mase saya tingkatan1 saya ada banyak masalah atau pendek kata dugaan. Masalah hidup, keluarga, rakan-rakan dan sebagainya. Saya selalu stress sorang-sorang. Dalam beberapa hari kemudian, ustazah pendidikan islam saya, cuba selesaikan masalah saya, semasa ustazah tu beri saya nasihat, saya menitis air mata, kerana terlalu terharu dengan nasihat yang diberi.Nasihat yang ustazah saya beri itu, memberi impak kepada saya, saya rasa sedikit selesa, setelah saya dapat melepasi dugaan itu, saya rasa seronok dan klau boleh nak rase dugaan seterusnya.
Tahun baru, mase saya tingkatan2 saya rase matang kerana saya dapat melepasi dugaan tahun lepas dengan baik, alhamdullilah, ujian bulanan 1, Pendidikan islam saya memperoleh gred A buat pertama kalinya, selepas bebrapa bulan ujian besar melanda saya, tetapi kali ni saya tidak memberithu kepada ustazah saya tentang masalah saya ini. saya rase sangat terluka hati kerana, manusia yang saya percayai telah membongkar rahsia saya kepada orang ramai sehinggakan berita tersebut tersebar luas sehingga tercalar imej saya. Selepas kejadian itu, saya anggap tiada ape2 yang berlaku, saya masih bercakap dengan rakan saya itu seperti biasa. tetapi apabila saya kenang saja kejadian itu, hati saya sangat terluka, sehingga kini dia masih rase tidak bersalah. Selepas saya reda dengan masalah itu, saya dapat tahu bahawa jika kita meminta atau menunggu dugaan, kita akan rasa dugaan besar yang menimpa tetapi jika kita anggap seperti biasa maka seperti biasalah yang akan datang.
Tahun ke-tiga, Saya turun kelas daripada kelas pertama ke kelas ketiga. Awal tahun imej saya sudah tercalar tetapi saya lihat ramai juga rakan saya yang trun kelas, jadi seperti apa yang saya katakan jika kamu anggap seperti biasa, seperti biasalah yang kamu rase. Duduk di kelas ketiga ade kebaikan juga, saya rase free daripada stress, kerana saya selalu rase sakit hati apabila memandang budak perempuan di kelas lame saya, jadi apabila saya rase saya dapat menyelesaikan masalah sendiri. insyaallah saya dapat menyelesaikan masalah orang lain pula. Saya tidak suka merasai ape yang saya lalui sebelum ini, jadi jikalau saya dapat melepasinya, saya nak tolong kawan saya supaya tidak lagi merasai apa yang mereka rase sebelum ini.
Dalam bulan ketiga, saya telah bejaya memberi tazkirah kepada semua warga sekolah pada hari jumaat. tajuknya berbunyi "Dosa terhadap rakan". Saya hendak bagi tazkirah itu kerana ingin mengingati bahawa ..sebesar-besar dosa kita terhadap Allah, insyaallah Allah akan ampunkan, tetapi sekecil-kecil dosa kita terhadap rakan, tidak mungkin akan diampunkan.. Nak tahu lebih lanjut nanti saya terangkan. Selepas beberapa hari saja saya beri tazkirah itu, ustazah yang mengajar saya semasa tingkatan1
(Pendidikan Islam) menegur saya dan berkata "Fahad, tazkirah yang Fahad bagi itu sangat sedap Fahad, terharu saya dengar cuma suara tu kena kuatkan sedikit " . Saya berkata dalam hati "padahal ustazah ni lah yang mengajar dan menasihati saya dahulu, kerana usatzah la saya jadi begini..".
Selepas beberapa hari saya banyak bertemu dengan pelajar yang bermasalah hidup mereka, saya telah beri sedikit nasihat kepada mereka. Saya tiba-tiba terdetik dalam hati "kalau saya tolong orang yang bermasalah dalam internet ni bagus nie.." sebab klau boleh saya nak tolong orang yang bermasalah di mana-mana tempat sahaja.
Jadi bermula daripada sekarang luahkanlah segala masalah yang terpendam di dalam hati anda di blog ini. insyaallah saya akan cuba bantu dengan kemampuan saya! wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.